YOU TEST DRIVE, WE PAY

YOU TEST DRIVE, WE PAY

Almera no.1



Nissan ini merupakan satu jenama yang agak kuat di Malaysia. Ikut perkiraan gua, Nissan Sunny merupakan antara model yang paling laku sekali pada sekitar awal 1990an. Dan kesinambungannya diteruskan lagi dengan pengenalan Nissan Sentra atau lebih mudah orang sebut Teksi Genting yang cukup sinonim dengan ketahanannya. Namun, apabila Nissan Sentra edisi yang lebih baru berserta dengan Nissan Latio itu jelas gagal untuk mengekalkan jenama Nissan dalam kategori  Segmen B. Sememangnya Nissan agak jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Toyota mahupun Honda. Itu belum lagi diambil kira dengan kereta jenama Kia yang turut sama bertanding dalam liga yang sama. Namun, kalau bertanding dalam liga MPV bukan kebangsaan, gua rasa semua orang sedar tentang betapa lakunya Nissan Grand Livina sampaikan di kawasan PPRT penempatan gua yang hanya ada dua blok ini pun terdapat lebih daripada 5 buah.
Untuk mengembalikan nostalgia betapa suatu masa dahulu, jenama Nissan pernah mengungguli kereta penumpang, Nissan Almera akhirnya diperkenalkan. Dibina berasaskan platform V yang baharu, Almera ini dipasangkan secara CKD di Serendah. Dan hujung minggu sudah, gua telah berpeluang untuk memandu uji secara singkat Nissan Almera di bertempat di Taman Bukit Jalil. Apabila kali pertama bertentang mata, hati gua pantas berbisik boleh tahan cantik juga bila mana dipakaikan dengan kit badan Impul. Ok, gua faham, bagi peminat tegar Nissan pasti mereka kurang gemar akan rekabentuk yang serupa ini. Tapi harus barang diingat, inilah model sedan global mereka yang sangat laku terutama di China dan juga Thailand. Bila mana pandangan umum diambil kira, maka sudah pasti perekabentuk harus bertolak ansur dengan rekaan yang mempunyai jiwa. Rekaan Almera ini sememangnya kelihatan agak lembut dari segala sudut. Jadi perkiraan mudahnya, dengan rekabentuk yang sebegini, sudah pasti menarik perhatian golongan wanita muda yang berkerjaya dan ingatkan sebuah kereta yang tak berapa besar tapi sebenarnya luas di bahagian dalam berserta dengan penggunaan bahan api yang cukup menjimatkan maka Nissan Almera ini pantas akan menarik perhatian disamping eksekutif muda yang berkeluarga kecil. Atau lebih mudahnya lagi, Nissan Almera ini pasti akan memberikan ancanman kepada Toyota Vios mahupun Honda City

Tiga baik butang Start ditekan [gua tak guna sebaik butang Start ditekan sebab gua lupa nak tekan brek, percubaan kali ketiga baru berjaya hidupkan enjin, apalah gua ni..kodi sungguh] gua dengan segera memulas stereng yang terasa amat ringan untuk bergerak berpusing di kawasan berhampiran Taman Bukit Jalil tersebut. Memandangkan gua tak ingin ke Balai Polis gara-gara dituduh cuba untuk melarikan Almera tersebut, gua akur untuk mengikuti laluan yang telah ditetapkan. Dengan laluan yang sebegitu pendek, gua cuba memanfaatkan setiap detik bersama Almera. Harus gua akui yang gua agak berpuas hati dengan kuasa yang dimiliki oleh Almera ini. Proses penukaran gear macam tak berapa nak rasa langsung. Lancar orang kata. Cuma, barangkali Almera ini terasa sedikit kurang berkuasa. Namum itu bukanlah masalah besar kerana enjin 1.5 CVTC ini dirasakan sudah memadai untuk sebuah kereta keluarga.
Ketika gua cuba membuat U-Turn dengan sengaja bagi mencari kesedapan sistem suspensi, ternyata Almera ini tidak terlalu beroleng badannya. Malah radius pusingannya juga agak kecil yang mana ianya amat digemari oleh rakyat Malaysia yang gemar membuat  U-Turn sesuka hati tanpa memberikan isyarat langsung. Dari segi keselamatan untuk pemberhentian kereta secara paksa, sistem brek yang digunakan masih boleh diharap. Tak terlintas langsung gua nak gunakan mulut sebagai brek tambahan “Eh..eh..eh..” kerana bimbang kereta lambat untuk berhenti. Lengkap dengan ABS dan EBD bagai.
Bahagian dalamannya pula, rekaan berbentuk bulat jelas mendominasi papan pemuka. Sterengnya pun bulat juga. Tak pernah pula dibuat dek orang stereng berbentuk segitiga. Tapi maksud gua, bilamana lu orang perhatikan sterengnya, memang agak bulat. Itu belum lagi perati bahagian konsol tengahnya. Bulat. Bila pegang tombol gear auto itu pun memang jelas terasa kebulatannya. Payah juga gua nak menafsir kotak pemikiran sang perekabentuk Almera ini. Ergonomik barangkali. Eceh,  gua manalah into sangat pasal ergonomik ni. Pada gua, asal sedap mata memandang, sedap tangan memegang sudahlah. Iye tak?
Manakala pemilihan tempat duduknya juga cukup selesa baik dihadapan mahupun di bahagian penumpang belakang. Tapi gua syak, bahagian penumpang belakang lebih terasa selesa kerana ruang kelegaan kaki yang cukup luas. Jenis nak buat sila panggung memang sesuai sangat. Mujur juga pemilihan tona gelap cukup melegakan bagi yang mempunyai anak kecil. Boleh nangis woo kalau bahagian tempat duduk dipenuhi dengan efek tapak kasut mahupun bekas air minuman.
Untuk ruangan bonet di bahagian belakang, memang tersangatlah luasnya. kalau setakat nak balik kampung, isi dua beg besar berserta dengan stroller untuk anak kecil pun gua rasa macam muat lagi. Silap hari bulan, lu orang nak sumbat orang gaji bawa balik kampung duduk dalam bonet pun memang muat.

Sebelum lu orang pergi menempah Almera ini, suka untuk gua ingatkan bahawasanya kereta yang gua pandu uji ini telah dipasangkan dengan kit badan Impul yang mana juga boleh ditempah secara ala-carte. Amacam, nampak senonoh bukan? Kalau jenis yang kosong tu gua terasa macam kurang berselera sikit. Tapi gua yakin, ianya bukanlah satu isu besar. Formula rekabentuk Vios dan Almera ini ternyata punya persamaan. Jadi, kalau Vios itu boleh laku, ini kan pula Almera yang ternyata punya sesuatu yang lebih untuk ditawarkan kepada pembeli. Jadi, kalau lu orang berhajat untuk melamar Almera ini untuk diri sendiri mahupun untuk orang yang tersayang, lu orang boleh menghubungi Fazley di talian 013-8690199 selaku orang yang akan berurusan antara lu orang dengan Bank dan juga Edaran Tan Chong Motor. Harga? Tunggu dulu sehingga mendapat kelulusan dari pihak yang berwajib iye.
Sumber : Dipercayai

0 comments: